KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran golongan belia turun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia itu dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi oleh kebanyakan negara di seluruh dunia.
"Ia mengambil kira kumpulan umur ini berada di dalam proses transisi daripada alam pengajian kepada pasaran pekerjaan seterusnya melalui proses untuk mendapatkan pekerjaan.
"Untuk itu kerajaan akan terus merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran secara keseluruhannya termasuk dalam kalangan belia di bandar dan di luar bandar," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai usaha kerajaan untuk menangani masalah pengangguran belia kerana pekerjaan tidak setimpal dengan bidang pengajian, kekurangan bakat dan isu kualiti dan kuantiti pekerjaan.
Menurutnya Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan tenaga kerja termasuk kalangan belia antaranya melalui platform MyFutureJobs yang menyediakan lebih satu juta kekosongan jawatan dan 148,000 kekosongan jawatan profesional.
Selain itu, Mustapha berkata sebanyak 1,366 siri karnival kerjaya telah dilaksanakan di seluruh negara dan sehingga kini seramai 21,740 pencari kerja telah berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan dengan 78.1 peratus daripadanya adalah golongan belia.
Sementara itu, mengenai prestasi graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam industri, beliau berkata sejumlah 99 peratus majikan berpuas hati dengan kualiti dan prestasi pelajar berdasarkan statistik penilaian majikan yang dijalankan.
"KSM turut mempergiat usaha mengadakan program melalui Talent Corp dengan fokus pembangunan, kebolehpasaran bakat muda negara melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.