TUARAN: Kadar pengangguran dalam kalangan golongan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menunjukkan penurunan kepada 5.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini menjadikan bilangan penganggur pada suku pertama tahun ini seramai 585,000 orang berbanding 627,000 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Jumlah ini dijangka terus menurun sekiranya kita mengambil tahu dan mengambil peduli pelbagai inisiatif serta program yang tersedia untuk belia-belia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2022 di Tuaran pada Sabtu.
Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu.
Ismail Sabri menambah, sehingga 30 Jun lepas, sebanyak 9,766 pertubuhan belia telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019), Akta 668.
Katanya, daripada jumlah itu, 953 buah didaftarkan di Sabah dan di Tuaran sahaja terdapat 33 buah pertubuhan belia.
Selain itu, menurut beliau, kerajaan percaya Model Baharu Pembangunan Belia 2030 yang sedang dirangka dapat direalisasikan sebagai agenda mutakhir bagi memperkasakan elemen belia sebagai sumber dan aset negara.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Jul 16 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan replika cek kepada Presiden Majlis Belia Malaysia Mohd Izzat Afifin Abdul Hamid sebagai bantuan kepada belia sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan - Foto Bernama

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025

Hari Belia: Tambah baik agenda pemerkasaan belia
AUKU yang sehingga kini sering diberi tanggapan negatif tentang peranannya antara yang perlu diperkasakan.

BTS suarakan sokongan terhadap anak muda
Kesemua tujuh ahli kumpulan itu mengambil bahagian menyuarakan sokongan mereka sebagai wakil anak muda.

Muhyiddin zahir penghargaan kepada belia bantu masyarakat ketika COVID-19
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada golongan belia pelbagai kaum yang tampil membantu masyarakat sepanjang tempoh negara menangani wabak COVID-19.