Kadar parkir DBKL diselaraskan mengikut zon - Tengku Adnan

Astro Awani
Julai 29, 2016 17:19 MYT
Dengan pelararasan ini, kadar parkir di pusat bandar adalah RM1.50 bagi jam pertama dan RM2.50 jam kedua dengan tempoh maksimum dua jam. - Gambar fail
Selepas mendapat pelbagai rungutan daripada pengguna, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan untuk menyelaras semula kadar baharu tempat letak kenderaan yang berkuat kuasa pada 18 Julai lalu.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, walaupun kenaikan sebelum ini mendapat reaksi positif namun, ada juga pengguna yang merungut dan menyifatkan ia satu kenaikan melampau.
''Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL bersetuju meneiliti semula kadar baharu.
''Pelbagai mod pembayaran juga disediakan seperti syiling, Touch n Go dan aplikasi telefon pintar,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Dengan pelararasan ini, kadar parkir di pusat bandar adalah RM1.50 bagi jam pertama dan RM2.50 jam kedua dengan tempoh maksimum dua jam.
Sementara bagi, luar pusat bandar beraktiviti tinggi seperti Bangsar, Bukit Damansara, Jalan Ipoh, Taman Maluri dan Sentul, kadar bayaran ditetapkan pada RM1 bagi jam pertama dan seterusnya.
Bagi kawasan ini, tiada had maksimum tempoh parkir ditetapkan.
Manakala kadar bagi kawasan luar pusat bandar sepeti Danau Kota, Sungai Besi, Tam Tun Dr Ismail dan Segambut, ditetapkan pada 80 sen bagi jam pertama dan berikutnya tanpa sebarang tempoh maksimum.
DBKL juga menyediakan pas bulanan bagi setiap zon yang boleh dilanggani secara atas talian melalui laman web www.citypark.my.
Tengku Adnan menambah, kadar baharu yang dinilai semula ini telah mengambil kira pelbagai keperluan pengguna dan berlandaskan prinsip 'moving people not vehicle'.
#DBKL #Dewan Bandaraya Kuala Lumpur #Menteri Wilayah Persekutuan #parkir #Tengku Adnan Tengku Mansor
;