PUTRAJAYA: Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia merosot kepada 1.7 anak pada 2020 berbanding 1.8 anak pada 2019, menurut laporan Vital Statistics Malaysia 2021.
"Kadar kesuburan pada 2020 adalah yang terendah dalam tempoh empat dekad dengan 4.9 anak bagi setiap wanita pada 1970.
"Kadar kesuburan Malaysia adalah di bawah paras penggantian 2.1 anak sejak tahun 2013," kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ketika mengulas laporan itu, pada Khamis.
Laporan itu mengandungi statistik kelahiran dan kematian berdasarkan ciri-ciri demografi di peringkat pentadbiran daerah, negeri dan nasional pada 2020.
Berdasarkan manual Principles and Recommendations For A Vital Statistics (Revision 3), United Nations Statistics Division (2014), paras penggantian 2.1 bermaksud purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seseorang wanita dengan menanggung seorang anak perempuan yang hidup sehingga anak itu melahirkan anak.
Mohd Uzir berkata semua negeri mencatatkan TFR di bawah paras penggantian kecuali Terengganu (2.9 anak), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.8 anak) dan Kelantan (2.7 anak).
Beliau berkata trend kemerosotan kadar kesuburan di Malaysia adalah selari dengan negara maju lain seperti Australia (1.7 anak), United Kingdom (1.7 anak), Amerika Syarikat (1.7 anak), New Zealand (1.6 anak), Jepun (1.4 anak) dan Korea Selatan (0.9 anak).
Katanya bilangan kelahiran hidup yang dicatatkan pada tahun 2020 ialah 470,195 iaitu menurun sebanyak 3.6 peratus berbanding 487,957 pada 2019.
"Ini merupakan kelahiran hidup terendah dalam tempoh sedekad. Lebih ramai bayi lelaki dilahirkan berbanding bayi perempuan iaitu masing-masing 243,617 dan 226,578," katanya.
Mohd Uzir berkata penurunan jumlah kelahiran hidup telah menyumbang kepada kemerosotan dalam Kadar Kelahiran Kasar (CBR) daripada 15.0 kelahiran pada 2019 kepada 14.4 bagi setiap penduduk pada 2020.
"Trend penurunan dalam kelahiran ini disumbangkan oleh peningkatan taraf pendidikan wanita dan peningkatan pembabitan wanita dalam tenaga buruh," katanya.
Beliau berkata faktor seperti peningkatan purata umur perkahwinan pertama, kesan evolusi perbandaran, perubahan gaya hidup, status ekonomi dan peningkatan penggunaan kaedah merancang keluarga turut menyumbang kepada trend penurunan kelahiran.
Katanya purata umur ibu bagi kelahiran hidup pertama meningkat 0.1 tahun daripada 27.9 tahun pada 2019 kepada 28.0 tahun pada 2020.
Mohd Uzir berkata Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 21.6 kelahiran bagi setiap seribu penduduk pada 2020 manakala Pulau Pinang mencatatkan kadar terendah dengan 11.1 kelahiran.
Kadar CBR tertinggi pada 2020 dicatatkan oleh daerah Kuala Terengganu, Terengganu dengan 26.9 kelahiran bagi setiap seribu penduduk manakala Kinabatangan, Sabah mencatatkan kadar terendah dengan 3.7 kelahiran.
Beliau berkata jumlah kematian yang dicatatkan di Malaysia pada 2020 ialah 166,507 menyaksikan penurunan sebanyak 4.2 peratus berbanding 173,746 kematian pada 2019.
Katanya Kadar Kematian Kasar (CDR) terus menurun daripada 5.3 pada 2019 kepada 5.1 kematian bagi setiap seribu penduduk pada 2020.
Mohd Uzir berkata berdasarkan CBR dan CDR di Malaysia, secara purata 14.4 orang dilahirkan dan 5.1 orang meninggal dunia bagi setiap seribu penduduk pada 2020 dengan nisbah 2.8 kelahiran bagi setiap kematian.
Beliau berkata jika melihat pada 10 tahun lepas, bagi setiap seribu penduduk secara purata 17.2 orang dilahirkan dan 4.6 orang meninggal dunia dengan nisbah 3.7 kelahiran bagi setiap kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021

Trend kemerosotan kadar kesuburan di Malaysia adalah selari dengan negara maju lain seperti Australia (1.7 anak), United Kingdom (1.7 anak), Amerika Syarikat (1.7 anak), Jepun (1.4 anak) dan Korea Selatan (0.9 anak). - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kadar kesuburan rakyat Malaysia menurun
Kadar kesuburan di Malaysia menurun daripada 1.9 anak pada 2017 kepada 1.8 anak bagi setiap perempuan berumur antara 15 hingga 49 tahun pada 2018, kata Ketua Perangkawan.