Kadar kelahiran tinggi seiring kematangan ekonomi - PM Najib

Astro Awani
Februari 22, 2018 17:46 MYT
Negara yang sedang menuju kematangan ekonomi biasanya akan mengalami penurunan kadar kelahiran. - Foto fail Bernama
Perdana Menteri berharap Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi dalam kalangan rakyat malaysia memandangkan negara ini sedang mencapai kematangan ekonomi.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara yang sedang menuju kematangan ekonomi biasanya akan mengalami penurunan kadar kelahiran.
“Mereka yang ingin melahirkan anak, diminta untuk terus berbuat demikian kerana negara kita memerlukan pertambahan penduduk,” katanya.
Beliau berkata pada program bajet 2018 bersama rakyat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini pada Khamis.
Dalam program ini pelakon dan usahawan Fizo Omar bertindak sebagai moderator dan turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Wahid Omar.
#ADAM50 #Amanah Dana Anak Malaysia #ekonomi #kadar kelahiran #kematangan ekonomi #Najib Razak #Perdana Menteri
;