Kad fizikal vaksin untuk tujuan dalaman - VAXKAD

Kenyataan Media
Julai 27, 2021 17:07 MYT
Pihak VAXKAD.com ingin menafikan sebahagian daripada kenyataan yang seolah-olah kad fizikal ini ialah kad palsu dan mengambil kesempatan di atas ketiadaan kad fizikal buat masa ini oleh pihak kerajaan.
BERDASARKAN kenyataan pihak kerajaan tentang penafian pengeluaran sijil vaksin berbentuk kad fizikal baru-baru ini, pihak VAXKAD.com ingin memberikan maklum balas dan penerangan tentang isu yang telah tular.
Kad fizikal vaksin yang tular baru-baru ini merupakan salah satu inisiatif sendiri oleh organisasi dan sekolah tertentu untuk memudahkan pengesahan status vaksinasi staf mereka. Malah ada juga permintaan daripada staf hospital dan klinik kesihatan.
Organisasi dan sekolah yang menghubungi pihak VAXKAD.com bagi menghasilkan kad fizikal vaksin bertujuan untuk kegunaan dalaman dan sebagai opsyen yang lebih baik daripada mencetak sendiri dan ‘lamina’ menggunakan plastik lamina.
Pihak organisasi dan sekolah juga menggunakan inisiatif mereka sendiri untuk memastikan pengesahan status vaksin staf ditunjukkan pada setiap masa tanpa perlu bergantung kepada format digital di telefon pintar yang mungkin tidak dapat ditunjukkan jika tiada internet atau kehabisan bateri.
Kad fizikal vaksin ini juga banyak ditempah oleh individu sebagai koleksi peribadi dan diberikan kepada ibubapa mereka yang sudah uzur.
Kad fizikal yang dicetak ini boleh tahan sehingga 5 tahun berbanding mereka perlu cetak sendiri yang mungkin hanya akan tahan sebulan dan akan rosak jika terkena air. Malah, pengguna juga boleh memilih sendiri tema
Pihak VAXKAD.com ingin menafikan sebahagian daripada kenyataan yang seolah-olah kad fizikal ini ialah kad palsu dan mengambil kesempatan di atas ketiadaan kad fizikal buat masa ini oleh pihak kerajaan.
Kenyataan oleh:
Syed Huzaifah Syed Omar,
CEO, Myfuturity Global Sdn Bhd
VAXKAD.COM
#Kad Fizikal Vaksin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Kad Vaksin #warga emas
;