Kabinet tidak bincang cadangan rombakan - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
November 22, 2019 19:45 MYT
Jelas Dr Mahathir, tidak ada mana-mana menteri membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Isu rombakan kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Jelas Dr Mahathir, tidak ada mana-mana menteri membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi.
“Kabinet kita bincang banyak perkara. Seperti biasa kita tidak dedahkan apa yang kita bincang, tapi ia berkaitan masalah negara serta bagaimana nak selesaikan masalah-masalah.
“Tak ada siapa bercakap pasal rombakan kabinet,” katanya pada sidang media di Univeriti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
BACA: Tun M pertimbang rombak kabinet, namun kemungkinan sebelum APEC 2020
Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Malaysia Future Leaders School (MFLS) hari ini.
Pada Rabu, Dr Mahathir akui mempertimbang cadangan untuk diadakan rombakan kabinet selain menyifatkan ia tidak akan dijalankan secara tergesa-gesa susulan penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) tahun hadapan.
#APEC #Mahathir Mohamad #Malaysia Future Leaders School #mesyuarat jemaah menteri #Perdana Menteri #rombakan kabinet
;