Kabinet sudah minta SPAD tangguh naik tambang pengangkutan awam - Muhyiddin

Astro Awani
Mac 21, 2015 13:31 MYT
Kabinet sudah minta SPAD tangguh naik tambang pengangkutan awam - Muhyiddin
Kabinet sudah meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini, lapor Utusan Online.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan mengakui SPAD mempunyai asas yang kukuh untuk berbuat demikian namun perkara itu tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.
Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan dan Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar, Pagoh, hari ini.
Semalam SPAD mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.
Pengumuman SPAD itu mendapat bantahan banyak pihak kerana ia membebankan rakyat dan dikatakan tidak sesuai pada masanya.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan harus mengkaji semula keputusan SPAD yang menetapkan kadar tambang baharu bas ekspres dan teksi berkuat kuasa 15 Mei ini kerana ia adalah keputusan yang membebankan rakyat.
Razali berkata, beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu dan pengumuman berkenaan tidak tepat pada masanya.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Haron dalam reaksi segeranya juga membantah kenaikan tambang yang diumumkan SPAD.

Saya bantah kenaikan kadar teksi dan bas ekspres oleh SPAD dgn alasan kos sudah meningkat dan kenaikan akhir pada 2009. Alasan lemah sekali.

— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) March 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apa guna ada teknokogi NGV pada teksi dan bas? Sepatut NGV bantu tangani kos bahan bakar kenderaan awam. Kos apa yg meningkat sebenar?

— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) March 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Muhyiddin Yassin #SPAD #tambang pengakutan awam
;