Kabinet setuju pinda AUKU - Maszlee Malik
Astro Awani
November 9, 2018 23:18 MYT
November 9, 2018 23:18 MYT
Kabinet telah bersetuju untuk meminda Seksyen 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Hal itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, menerusi akaun Twitternya.
Pindaan itu sekali gus akan memberikan hak dan kebebasan bersuara kepada golongan mahasiswa.
Ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihanraya Umum 14 baru-baru ini, di mana satu kajian inklusif dijanjikan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) melalui sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk.
Tambah beliau, pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
Bagaimanapun, nada berbeza dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis pada 1 November lalu.
Menurut Tun Mahathir, golongan pelajar di negara ini tidak dihalang dari berbicara tentang politik, namun kewujudan cawangan parti politik di universiti awam dilihat sebagai tidak perlu buat masa ini.
#Akta Universiti dan Kolej Universiti
#AUKU
#kerajaan
#Manifesto
#Maszlee Malik
#Pakatan Harapan
#pendidikan