Kabinet akan membincangkan laporan akhir Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) sebelum sebarang cadangan dilaksanakan di peringkat dasar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Menurutnya, laporan akhir jawatankuasa berkenaan telah dibentangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan pada 17 Julai lalu dan dibawa ke Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Julai.
“Memandangkan laporan dan cadangan itu berlandaskan 60 janji jangka masa panjang oleh Pakatan Harapan (PH), maka kerajaan dalam proses meneliti laporan berkenaan sebelum sebarang keputusan diambil.
“Mengenai keputusan untuk mendedahkannya secara umum, ia akan dibuat setelah laporan itu dibincang secara terperinci oleh kabinet dalam masa terdekat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah laporan terakhir dan laporan tambahan IRC yang telah diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan dan Jabatan Perdana Menteri akan didedahkan kepada Ahli Parlimen dan orang awam.
Jawatankuasa lima anggota berkenaan ditubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan pada 15 Mei lepas bagi mengkaji langkah-langkah berkaitan perubahan ekonomi dan kewangan, serta cadangan melakukan penambahbaikan terhadap institusi berkaitan.
Ia dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan K C Vohrah; bekas hakim mahkamah rayuan dan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mah Weng Kwai; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Brig Jen (B) Mohd Arshad Raji; Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga dan pakar perlembagaan dan pensyarah undang-undang Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
Sementara itu, dalam satu soalan tambahan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Jeli) bertanya sama ada laporan itu akan dibawa ke Parlimen memandangkan institusi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut tertakluk kepada Akta Parlimen.
Menjawab soalan itu, Liew berkata, laporan itu sepatutnya dibawa ke Parlimen, tetapi ia tertakluk kepada keputusan Kabinet.
Firdaus Azil
Tue Aug 07 2018

LIEW: Keputusan sama ada laporan itu akan didedahkan kepada umum akan dibuat setelah ia dibincang secara terperinci oleh kabinet. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.