K-KOMM nafi pautan semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa
Bernama
April 6, 2022 05:45 MYT
April 6, 2022 05:45 MYT
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menafikan kesahihan pautan semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa di https://www.sistemguruonline.my/2022/04/permohonan-laptop-tablet-1.htm.
Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek berkata laman web tersebut adalah laman web tidak rasmi individu dan bukan daripada saluran rasmi kementerian.
"Sistem permohonan sedang dibangunkan dan akan beroperasi mulai 15 April 2022 ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam susulan hebahan tular di media sosial bertajuk "Terbaru: Permohonan bantuan laptop dan tablet dibuka pada 15 April ini!".
Carian pautan itu mendapati ia telah dipadam.
Mohammad menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai maklumat yang tular di media sosial sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
-- BERNAMA
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Mohammad Mentek
#PerantiSiswa
#laman web tidak rasmi individu