Jutaan orang termasuk para pelancong asing hari ini mengambil peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh yang berlaku di 12 wilayah di negara ini.
Siaran-siaran televisyen tempatan yang membuat siaran langsung di wilayah-wilayah berkenaan melaporkan orang ramai mengambil kesempatan sempena hari cuti umum hari ini untuk berada di kawasan lapangan seawal 5 pagi waktu tempatan.
Pulau Belitong di Sumatera Timur adalah daerah pertama di Indonesia yang menjadi gelap gelita selama kira-kira satu minit akibat gerhana matahari penuh dan fenomena itu disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan.
Hari ini adalah Hari Raya Nyepi yang disambut penganut Hindu di Indonesia terutamanya penduduk di Bali yang memberhentikan sementara semua aktiviti ekonomi dan sosial selama 24 jam.
Umat Islam pula beramai-ramai menunaikan solat sunat gerhana yang dianjurkan di masjid-masjid termasuk Masjid Istiqlal di kota Jakarta pada kira-kira 7 pagi tadi dan mereka melaungkan takbir "Allahu Akbar" sebaik berlakunya gerhana matahari itu.
Sementara itu di Jakarta, orang ramai membanjiri Planeterium di Taman Ismail Marzuki di sini bagi melihat fenomena gerhana matahari yang ditayangkan dalam sebuah skrin besar.
Timbalan Pengarah Geofisika, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Masturyono dipetik sebagai berkata lintasan pertama bayangan bulan ke matahari di Jakarta tercatat sekitar pukul 6.21 pagi.
Katanya, bagi kawasan Jakarta gerhana matahari berlaku kira-kira 80 peratus dan ia tidak menyebabkan bumi menjadi gelap seperti yang berlaku di kawasan gerhana matahari penuh.
Tinjauan Bernama mendapati kota Jakarta menjadi sepi ekoran orang ramai mengambil kesempatan untuk menyaksikan gerhana matahari.
Wilayah-wilayah yang mengalami gerhana matahari penuh ialah Tanjung Pandan (Belitung), Muko-muko (Bengkulu), Palembang, Palangkaraya, Balikpapan, Palu, dan Ternate.
Laporan portal berita dalam talian melaporkan Naib Presiden Republik Indonesia Jusuf Kalla turut menyaksikan gerhana matahari di lapangan Kotapulu, daerah Sigi di Sulawesi Tengah dan menunaikan solat gerhana secara berjemaah di sebuah masjid di situ pada pukul 8 pagi tadi.
Bernama
Wed Mar 09 2016

Orang ramai mengambil kesempatan sempena hari cuti umum hari ini untuk berada di kawasan lapangan seawal 5 pagi waktu tempatan. -AFP
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

'Kiamat Internet' diramal berlaku dalam beberapa dekad lagi?
Kejadian ribut besar di angkasa lepas dilaporkan mampu mencetuskan kiamat internet dalam dekad akan datang.

Saksikan kemunculan fenomena Supermoon terakhir tahun ini!
Orang ramai berpeluang untuk melihat fenomena bulan purnama dan dijangka akan muncul pada 7 Mei ini pada jam 7.18 petang iaitu apabila bulan mendekati cakerawala.

Aktivis remaja Greta Thunberg terima pengiktirafan 'Person of the Year'
Remaja aktivis alam sekitar dari Sweden Greta Thunberg 16, dipilih sebagai Time's Person of the Year pada Rabu.

#Isabella30tahun: "Beruntung dapat rasa keajaiban Ilahi" - M. Nasir
SELEPAS kejayaan Fantasia Bulan Madu menerusi album Mentari Merak Di ufuk Timur, kumpulan Search mencipta satu lagi kejayaan menerusi lagu Isabella.

#Isabella30tahun: Kisah sebenar di sebalik Isabella
Tajuk Isabella rupa-rupanya ilham komposer terkenal, Datuk M. Nasir

#Isabella30tahun: Inspirasi tiga dekad
Sedar tak sedar, sudah 30 tahun usia lagu Isabella

Psy tertekan hasilkan single terbaru
Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang dalam kenyataannya mengakui menghadapi tekanan untuk menghasilkan karya baru.