#JusticeForBella: Polis tahan pemilik Rumah Bonda

Hilmi Malik
Julai 16, 2021 14:11 MYT
Menurut ACP Siti Kamsiah Hassan, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.
KUALA LUMPUR : Polis telah menahan pemilik yang juga pengasas Rumah Bonda bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah.
Menurut, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11),Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, wanita yang berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi Khamis.
Penahanan itu dibuat selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberikan keterangan berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Dera Remaja OKU | Rumah Bonda disita JKM
BACA: #JusticeForBella: Mengharap sinar pembelaan Bella, dan memburu sang durjana!
Menurut Siti Kamsiah, pihak polis juga akan mengemukakan permohonan reman terhadapnya pada Jumaat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella disyaki menjadi mangsa penderaan di sebuah rumah kebajikan sehingga mengakibatkan mangsa melecur tubuh badan.
Laporan Khas | Penderaan Bella, saksi tampil kongsi pendedahan
#justice for bella #Bukit Aman #kes dera #Sindrome down #rumah bonda
;