Detik yang melegakan bagi juruterbang Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis ialah apabila pesawat yang membawa sembilan rakyat Malaysia mendapatkan 'lampu hijau' untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang.
Pesawat Bombardier Global Express milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu sepatutnya berlepas pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia Khamis namun jadual penerbangan itu ditunda kepada 7.45 malam (waktu Malaysia).
"Puncanya tidak diketahui tapi memandangkan kita berada di negara orang, kita ikut sahaja kehendak mereka," katanya yang ditemui media selepas berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal Jumaat.
Pesawat khas itu ditugaskan untuk misi membawa pulang petugas kedutaan Malaysia di Korea Utara dan ahli keluarga mereka selepas dihalang meninggalkan negara itu susulan krisis diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang.
Hasrizan dan kru penerbangan, yang dimaklumkan mengenai tugasan tersebut pada Isnin lepas, tidak memakai pakaian seragam TUDM, sebaliknya hanya berpakaian kru penerbangan biasa kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa negara itu.
Pesawat itu singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle di China untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia, katanya.
"Syukurlah akhirnya kita sampai Malaysia walaupun ada tunda," katanya.
Ini merupakan misi kedua seumpamanya dilaksanakan Hasrizan selepas misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Libya pada 2011.
Pesawat membawa sembilan rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA pada pukul 5.03 pagi ini.
Mereka ialah pembantu peribadi duta besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.
Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Pada 13 Feb lepas lepas, Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk menaiki pesawat ke Macau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2017
Pesawat khas itu ditugaskan untuk misi membawa pulang petugas kedutaan Malaysia di Korea Utara dan ahli keluarga mereka selepas dihalang meninggalkan negara itu susulan krisis diplomatik. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai terjejas, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang 'direhatkan' sementara, sehingga tempoh tertentu.
Konflik India-Pakistan: Petisyen gesa Imran Khan diberi Hadiah Nobel Keamanan
Lebih 300,000 menandatangani petisyen dalam talian menggesa Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan selepas beliau membebaskan juruterbang India.
308 Perajurit Muda Udara tamat latihan
PjM U Muhammad Akmal Azwan Noor Esam telah dinobatkan sebagai PjM U Terbaik Keseluruhan
Berdoa persediaan mental juruterbang kawal situasi kecemasan - pakar
Juruterbang telah dilatih dengan begitu komprehensif bagi persediaan mental termasuk berdoa ketika menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan teknikal sewaktu penerbangan.
Dua juruterbang Air India disiasat, didakwa bergaduh dalam pesawat
Dua juruterbang Air India kini disiasat setelah dilaporkan bergaduh di dalam kokpit sebelum pesawat tersebut berlepas.