Jurutera TNB disambung reman, bantu siasatan SPRM

Muhafandi Muhamad
Ogos 27, 2016 13:19 MYT
Ketiga-tiga individu tersebut ditahan di pejabat SPRM Kelantan, di sini, pada jam 4 petang, 20 Ogos lalu.
Seorang jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan disambung reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Perintah reman terhadap suspek berusia 30 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Rusli Ahmad sehingga Khamis ini.
Manakala, dua orang juruteknik masing-masing berusia 42 dan 50 tahun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketiga-tiga individu tersebut ditahan di pejabat SPRM Kelantan, di sini, pada jam 4 petang, 20 Ogos lalu.
BACA: Tiga lagi kakitangan TNB direman bantu siasatan SPRM
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk meminta suapan.
#disambung reman #Rasuah #TNB #TNB Kelantan
;