Juruteknik maut alat pemadam api meletup
Adie Sufian Zulkefli
November 22, 2020 00:14 MYT
November 22, 2020 00:14 MYT
SUNGAI PETANI: Seorang juruteknik elektronik maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.15 petang Ahad ketika mangsa Mohamad Yusri Omar, 43, sedang membaiki radio di hadapan rumahnya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani,
Kejadian disedari isteri mangsa yang berada di dapur terdengar letupan kuat lalu bergegas keluar terlihat suaminya terbaring dalam keadaan separuh sedar.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, isteri mangsa kemudian bersama jirannya membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.
Setibanya di zon kuning, mangsa masih telah sedarkan diri namun kira-kira 20 minit kemudian, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Jelas Adzli, hasil siasatan mendapati, jiran mangsa terlihat alat pemadam api itu secara tiba-tiba mengeluarkan asap putih.
Ketika itu, mangsa terus mengambil alat pemadam api itu untuk dibuang namun alat pemadam api terbabit meletup.
Akibat letupan itu, mangsa mengalami kecederaan parah tangan, paha dan kaki.
Adzli berkata, pihak Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut dipanggil ke lokasi kejadian bagi mengetahui bagaimana punca alat pemadam api terbabit boleh meletup.
Namun pihak bomba mendapati terdapat kesan potong pada alat pemadam api berkenaan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
#pemadam api
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Sungai Petani
#alat pemadam api
#meletup
#Hospital Sultan Abdul Halim