Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rom, Itali tidak kesampaian selepas dia dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan yang dikenalinya sejak dua tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian RM28,510 yang dijelaskan untuk membeli tiga tiket penerbangan kelas perniagaan bagi tujuan itu.
"Mangsa membuat bayaran itu pada 26 Jun lepas kerana percaya kepada suspek memandangkan dia kerap menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi urusan pelancongan.
"Bagaimanapun, untuk kali ini, mangsa terkejut apabila isterinya yang cuba menyemak tempahan tiket itu di laman web syarikat penerbangan mendapati tiada tempahan atas nama mereka dibuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir menambah mangsa cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada suspek, yang berkeras menyatakan tempahan itu telah dilakukan walaupun gagal menunjukkan dokumen bagi menyokong perkara itu.
Sehubungan itu, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019
![Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51552799741_KetuaJabatanSiasatan.jpg)
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof (gambar) berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian RM28,510. - Gambar fail
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Peniaga rugi RM213,700 terpedaya iklan pinjaman wang di Instagram Peniaga rugi RM213,700 terpedaya iklan pinjaman wang di Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674201430_scam.jpg)
Peniaga rugi RM213,700 terpedaya iklan pinjaman wang di Instagram
Seorang ahli perniagaan wanita diperdaya sindiket pemberi pinjam wang yang tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM213,700.
![Pengusaha kedai emas rugi lebih RM500,000 diperdaya lelaki - Polis Pengusaha kedai emas rugi lebih RM500,000 diperdaya lelaki - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651649809_ACPNoorDellhanYah.jpg)
Pengusaha kedai emas rugi lebih RM500,000 diperdaya lelaki - Polis
Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menipu seorang wanita pengusaha kedai emas dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka.
![Rugi RM186,923 selepas diperdaya sertai pelaburan bitcoin Rugi RM186,923 selepas diperdaya sertai pelaburan bitcoin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631260872_scam.jpg)
Rugi RM186,923 selepas diperdaya sertai pelaburan bitcoin
Mangsa yang berusia 31 tahun itu mendakwa mengenali suspek pada Mei lepas dan sering melihatnya memuat naik gambar berkaitan bitcoin.
![Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630598210_scamgeneric.jpg)
Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan
Selepas tempoh sebulan, suspek memberi pelbagai alasan dan mangsa mengesyaki ditipu.
![Pemborong buah dakwa rugi RM414,932 dalam penjualan Musang King Pemborong buah dakwa rugi RM414,932 dalam penjualan Musang King](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626084252_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pemborong buah dakwa rugi RM414,932 dalam penjualan Musang King
Mangsa mendakwa mengenali suspek pada 30 Jun lepas selepas menghubunginya untuk membeli 10 bakul durian itu.
![Wanita kerugian RM18,350 ditipu 'ejen bomoh' Wanita kerugian RM18,350 ditipu 'ejen bomoh'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41574927633_TBBOMOH.jpg)
Wanita kerugian RM18,350 ditipu 'ejen bomoh'
Seorang peniaga wanita mengalami kerugian RM18,350 selepas terpedaya dengan seorang wanita yang kononnya ejen kepada bomoh.
![Ibu tunggal kerugian RM230,000 serah wang simpanan, simpanan TH anak kepada 'Datuk' Ibu tunggal kerugian RM230,000 serah wang simpanan, simpanan TH anak kepada 'Datuk'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616074226_scmageneric.jpg)
Ibu tunggal kerugian RM230,000 serah wang simpanan, simpanan TH anak kepada 'Datuk'
Seorang ibu tunggal yang juga penjawat awam menanggung kerugian hampir RM230,000 apabila diperdaya oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk'.
![Wanita disamun, dicabul selepas diperdaya jadi model Wanita disamun, dicabul selepas diperdaya jadi model](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564499892_Cabul.jpg)
Wanita disamun, dicabul selepas diperdaya jadi model
Hasrat seorang wanita untuk menjadi model bukan sahaja lebur malah turut berdepan detik cemas apabila dia dan teman lelakinya disamun oleh lelaki yang menawarkan pekerjaan itu.
![Ibu tunggal rugi hampir RM400,000 ditipu 'suami' Facebook Ibu tunggal rugi hampir RM400,000 ditipu 'suami' Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565763135_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Ibu tunggal rugi hampir RM400,000 ditipu 'suami' Facebook
Seorang ibu tunggal enggan menerima hakikat bahawa dirinya diperdayakan oleh seorang lelaki asing dalam sindiket 'love scam' meskipun telah berhabisan duit sebanyak RM380,000.
![Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51552799741_KetuaJabatanSiasatan.jpg)
Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom
Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rom, Itali tidak kesampaian selepas dia dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan yang dikenalinya sejak dua tahun lepas.