Juruteknik hospital swasta maut rempuh lori

Astro Awani
November 8, 2018 12:18 MYT
Dalam kejadian jam 9.05 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ria di sini selepas selesai bertugas. - Foto Astro AWANI
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan di 111.9KM Lebuhraya Utara Selatan menghala Sungai Petani, malam tadi..
Mohd Faiz Nafiz Mohmad Noor, 23 tahun, baharu lima bulan berkhidmat di sebuah hospital pakar swasta di Butterworth, Pulau Pinang maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori lalu digilis kenderaan lain yang datang dari arah sama.
Dalam kejadian jam 9.05 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ria di sini selepas selesai bertugas.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai tidak nampak lori 1 tan yang rosak diparkir di bahu jalan sebelah kiri, lalu merempuh bahagian belakang lori terbabit.
Nasib mangsa lebih malang apabila terjatuh sebelah kanan jalan lalu sebuah kereta yang datang dari belakang telah menggilis mangsa sejauh 10 meter.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner, Adzli Abu Shah, akibat rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain perut terburai.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat.
Katanya, pemandu lori dan kereta yang melanggar mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..
#juruteknik #kemalangan #maut #mayat #mohd faiz nafiz mohmad noor #polis #siasatan
;