JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jururawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini bagi meringankan tanggungan kerja di hospital itu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia susulan perbincangan dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai perkara itu dan pertambahan berkenaan sekali gus dapat menampung bilangan pesakit sementara menunggu Hospital Pasir Gudang siap dibina.
"Ada perkara-perkara yang perlu mendapat perhatian segera pihak kerajaan dan saya telah berbincang dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenainya.
"YB Khairy Jamaluddin akan pertimbangkan menambah bilangan jururawat di HSI bagi meringankan tanggungan kerja. Ini sementara menunggu bilangan pesakit reda apabila hospital baharu di Pasir Gudang siap dibuka pada lewat 2024," kata Onn Hafiz dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Beliau yang melawat HSI secara mengejut hari ini berkata bagi memudahkan urusan pesakit dan pelawat di hospital tersebut, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membina tempat letak kereta di dalam kawasan hospital.
Katanya sebanyak RM95,000 turut diluluskan bagi menggantikan bumbung polikarbonat di hadapan lobi hospital itu yang tercabut akibat ribut pada Ahad lepas.
Selain itu, menurut beliau pesakit dan pelawat bakal mempunyai tempat duduk yang lebih selesa dengan penambahan kerusi berangkai berjumlah RM75,000.
Jumaat lepas, Khairy dilaporkan berkata Hospital Pasir Gudang, yang kini dalam pembinaan, telah pun siap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
ONN HAFIZ: Ada perkara-perkara yang perlu mendapat perhatian segera pihak kerajaan dan saya telah berbincang dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenainya. - Gambar fail/BERNAMA
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.
BMI semak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan kepada 8.7 peratus
BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan Malaysia kepada 8.7 peratus setahun bagi tempoh 2023 hingga 2028.
Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi - Pegawai Daerah Rembau
Pejabat Tanah dan Daerah Rembau menasihati pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri agar menghentikan sementara operasi sehingga siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai dijalankan.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
910 premis diarah tutup kerana tidak bersih - KKM
Sebanyak 910 yang diperiksa KKM bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini telah diarahkan tutup kerana tidak bersih.
Akta 852: KKM periksa 45,666 premis di seluruh negara setakat 28 Oktober
Pemeriksaan itu dilaksanakan menerusi 2,697 operasi, dan sebanyak 57,856 penguatkuasaan pendidikan telah dijalankan setakat ini.
KKM kekal pendirian laksana Akta 852 - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata tempoh penguatkuasaan pendidikan selama enam bulan bagi pelaksanaan itu adalah mencukupi.
Kerajaan tidak pernah naikkan kos rawatan hemodialisis sejak 2016 - Dr Dzulkefly
Selain itu, katanya perkhidmatan asas di fasiliti KKM juga kekal RM1 manakala perkhidmatan pakar ialah RM5.
Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Okt hingga 12 Okt, berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.