Jurupam didakwa sebabkan kecederaan parah ke atas Tok Siak
Astro Awani
Oktober 13, 2014 13:02 MYT
Oktober 13, 2014 13:02 MYT
Seorang jurupam stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederan parah ke atas seorang siak masjid.
Bagaimanapun, tertuduh Mohammed Faizal Hussain, 31 tahun, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.
Mohammed Faizal didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mohamed Khan Karim, 60, di sebuah Masjid di Jalan Kelawei, Georgetown, pada 7 Oktober lalu.
Ketika kejadian, tertuduh sedang tidur di dalam masjid berkenaan apabila tok siak tertutup pintu masjid dengan kuat sehingga mengganggu tidurnya.
Berang dengan tindakan tok siak itu, tertuduh kemudiannya bertindak memukul mangsa hingga menyebabkan tiga tulang rusuk mangsa patah selain lebam di bahagian mata.
Kes di siasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.
Hakim Mahkamah Sesyen Zulhazmi Abdullah membenarkan tertuduh di ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 3 Disember depan.