Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali, Amirrul Rabbani
Ogos 1, 2022 14:10 MYT
Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, pesawat terbabit terjunam di dalam di kawasan terbabit. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin malam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.
"Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat sebuah kapal terbang bersaiz kecil telah terhempas.
"Terdapat dua mangsa dan bomba segera menjalankan kerja mengeluarkan mereka," katanya.
Kedua-dua mereka dikeluarkan masing-masing pada jam 9.25 dan 9.35 malam.
#Perak #Ipoh #Medan Gopeng #pesawat terhempas