Jurujual wanita terbabit kemalangan ragut nyawa dua sahabat direman
Februari 11, 2020 14:02 MYT
Seorang pemandu wanita berusia 47 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes kemalangan jalanraya yang meragut dua nyawa awal pagi Selasa.
Wanita itu dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk mendapatkan perintah reman kira-kira jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor berkata, wanita tersebut ditahan awal pagi tadi sejurus kejadian berlaku.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing keatas wanita yang bekerja sebagai jurujual itu didapati negatif dadah tetapi kandungan alkohol yang yang diambil melebihi had ditetapkan.
Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian setelah terjatuh ke atas jalanraya dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.