Jurufoto buat laporan, mohon PDRM ambil tindakan tegas terhadap pelaku gangguan seksual

Faida Rahim
Julai 17, 2023 20:08 MYT
Sha turut menitipkan pesanan kepada mangsa baik lelaki atau wanita di luar sana untuk tidak berdiam diri sekiranya berdepan dengan masalah gangguan seksual di media sosial. - IG Acacia Diana
KUALA LUMPUR: Selepas menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial sejak lapan tahun lalu, jurufoto profesional Acacia Diana akhirnya tampil mendedahkan kepada umum mengenainya.
Acacia Diana atau lebih dikenali sebagai Sha ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu dirinya masih trauma dengan perbuatan seorang lelaki yang tidak henti menunjukkan sifat obsesi yang keterlaluan.
“Selain laporan polis, saya juga ada menghantar e-mel kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
“Beliau peka mengenai masalah ini dan memaklumkan bahawa perkara ini dibawa ke pihak berkuasa.
“Pihak polis juga ada hubungi saya untuk membuat laporan dan laporan telah dibuat semalam,” katanya.
Berdasarkan rekod, sepanjang berdepan gangguan, Sha telah membuat laporan polis sebanyak tiga kali - pada tahun 2018, 2022 dan 16 Julai 2023.
Dalam dakwaannya, lelaki itu mula mengganggunya sejak tahun 2016, termasuk meninggalkan komen yang mencurigakan dan tidak senonoh dalam blog pelancongan dan fotografi yang Sha kendalikan.
Pelaku itu juga pernah tiba-tiba memperkenal diri ketika Sha sedang makan di sebuah restoran makanan segera, malah Sha pernah diekori hingga ke rumah.
Sha juga berkongsi rasa paniknya apabila mengetahui lelaki itu turut muncul di pameran fotografinya di Galeri Petronas pada 2019 dan pada acara awam lain pada tahun lalu.
Meskipun akses pelaku itu kepada media sosialnya telah disekat, Sha berkata lelaki itu kerap menukar identiti akaunnya untuk terus menghantui Sha. Perbuatan penghendap itu bertambah jijik, dengan turut mengirim gambar lucah terhadapnya.
Kes gangguan seksual itu tular di Twitter selepas Sha mendedahkan kisahnya itu, termasuk insiden memeranjatkan apabila mengetahui lelaki berkenaan turut nekad mengekorinya hingga ke United Kingdom.

38.Then in December 2022, I got to know that this bloody man was in the UK. Mcm cartoon. He had called a mutual friend to make sure I know. I rasa hati I jatuh. I cannot describe the mental disturbance that I had. God knows. pic.twitter.com/v4TX98nBlB

— Acacia Diana (@ShaFoShizzle) July 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

63. I wish I could say this is the end of the story. But its not. As of July 2023, Minister Fahmi Fadzil has been personally notified of the event. The police are looking into it. As far as I know, Safiq is still out there. In fact, hes been tweeting all this while pic.twitter.com/Prl84jAHRo

— Acacia Diana (@ShaFoShizzle) July 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dia pernah ditangkap, dibebaskan sementara menunggu tarikh mahkamah, kemudian melarikan diri dari negara itu dan terlepas tarikh perbicaraan.
“Minggu ini dia kembali mengganggu lagi," luah Sha yang sangat berharap agar ahli keluarga pelaku turut campur tangan supaya dia tidak lagi berterusan dalam ketakutan itu.
Sementara itu, Sha turut menitipkan pesanan kepada mangsa baik lelaki atau wanita di luar sana untuk tidak berdiam diri sekiranya berdepan dengan masalah gangguan seksual di media sosial.
“Cari sistem sokongan dan segera buat laporan polis kerana negara ini ada undang-undang. Saya berharap agar tindakan segera diambil.
“Saya juga harap pihak polis mendapat latihan lebih mendalam untuk berdepan dengan pelaku jenayah seperti ini pada masa akan datang.
“Saya tahu mereka bekerja keras tetapi saya lihat dan mendengar ramai yang berkongsi kes sebegini tidak dipandang serius oleh polis sebelum ini,” katanya berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dengan lebih serius.
#Fahmi Fadzil #gangguan seksual #PDRM #Acacia Diana
;