KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam negeri Sabah dan seorang pesara kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 34 pertuduhan bersubahat serta menerima rasuah berjumlah RM780,000 antara Julai 2014 dan November 2015.
Zulfikar Khomeini Asli, 44, dan Mat Salleh@Awang Sapong Sapong, 67, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.
Mengikut pertuduhan, Zulfikar Khomeini ketika bertugas sebagai juruaudit di Kementerian Kewangan Negeri Sabah bersetuju menerima suapan bagi dirinya melalui pemindahan wang di sebuah bank di Sipitang yang dibuat menggunakan cek daripada Syarikat Kilang Sawit Bell Sdn Bhd ke akaun Syarikat Lihot Construction milik ibunya dan Syarikat Sri Atussin Enterprise milik adiknya.
Suapan itu sebagai dorongan berhubung hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu tidak menjalankan lawatan pemeriksaan mengejut terhadap syarikat Kilang Sawit Bell Sdn Bhd mengenai pemalsuan Penyata Cukai Jualan Negeri borang empat Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Mat Salleh@Awang Sapong pula didakwa bersubahat dengan Zulfikar Khomeini iaitu bersetuju menerima bagi pihak kedua-dua tertuduh suatu suapan wang berjumlah RM780,000 pada tempoh dan di daerah yang sama.
Mengikut pertuduhan, Mat Salleh yang ketika itu bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, telah menerima suapan tersebut sebagai dorongan untuk dirinya dan Zulfikar Khomeini tidak melakukan lawatan pemeriksaan mengejut ke Kilang Sawit Bell Sdn Bhd mengenai pemalsuan penyata cukai jualan negeri borang empat Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 17(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM80,000 dengan dua penjamin dan mengarahkan mereka melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan selain menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Zulfikar Khomeini diwakili peguam Hamid Ismail manakala Mat Salleh@Awang Sapong diwakili peguam Azhier Farhan Arisin dan Mohd Syarulnizam Mohd Salleh.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Zulfikar Khomeini Asli, 44, dan Mat Salleh@Awang Sapong Sapong, 67, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga. - Gambar hiasan
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
DUN Sabah: CJN komoditi perikanan ditangguh buat kali kedua
Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju ke atas tempoh penangguhan pembayaran CJN bagi bulan Mei hingga Disember 2021 dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun 2022.
#AWANITA: 'Wanita perlu ubah mentaliti, bijak bahagi masa' - Jo-Anna
Setakat ini, penglibatan golongan wanita di Malaysia sudah mencapai kira-kira 24 peratus di dalam 100 syarikat berdaftar terkemuka di negara ini.