Jurang ketidaksamaan dalam gaji semakin meningkat - Kajian
Astro Awani
November 6, 2014 19:48 MYT
November 6, 2014 19:48 MYT
Pengarah Kajian di Institut Kajian Khazanah, Dr Muhammed Abdul Khalid menjelaskan kajian mendapati jurang ketidaksamaan dalam gaji, bagi golongan berpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah semakin meningkat.
Data caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menterjemah pendapatan bagi golongan berpendapatan rendah meningkat pada margin sangat kecil berbanding golongan berpendapatan tinggi pada peratusan yang lebih tinggi.
Situasi ini menyumbang kepada jurang ketidaksamaan yang semakin tinggi.
Dr Muhammed berkongsi situasi yang mungkin berlaku jika jurang ketidaksamaan itu kekal sebagai status quo.
#Dr Muhammed Abdul Khalid
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Pengarah kajian di Institut Kajian Khazanah