Jurang gaji kakitangan awam ketara, perlu tumpuan serius - Musa Ali
Faida Rahim
Disember 11, 2023 04:30 MYT
Disember 11, 2023 04:30 MYT
KUALA LUMPUR: Jurang pendapatan kakitangan awam menyaksikan perbezaan ketara dan seharusnya diberikan tumpuan serius.
Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) Universiti Sains Malaysia, Datuk Musa Ali, jurang pendapatan ini melibatkan kumpulan sokongan, pertengahan dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Musa berkata, perbezaan itu merupakan realiti yang berlaku di mana-mana sahaja dan jurangnya pula terlalu luas.
“(Lihat contoh) pekerja awam yang bekerja di bandar (dan) yang mempunyai keluarga besar.
"Katalah pasangan suri rumah tidak bekerja, ini merupakan beban kepada penjawat awam. Jurang yang besar itu seharunya diberi tumpuan untuk ditambah pendapatan kumpulan berkenaan," katanya ketika diwawancara dalam program Agenda AWANI, pada Isnin.
Beliau yang terlibat dalam kajian pelarasan gaji penjawat awam sekitar tahun 1970 sehingga 2012 memaklumkan, terdapat inisiatif untuk menaikkan gaji penjawat awam pada 2007 pada kadar 35 peratus, sekali gus merekodkan kenaikan tertinggi ketika itu.
Agenda AWANI: Gaji penjawat awam naik: Kalau bukan sekarang, bila lagi?