Jumlah mangsa banjir Terengganu menurun
Astro Awani
Disember 4, 2017 09:45 MYT
Disember 4, 2017 09:45 MYT
Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat sedikit penurunan dengan 811 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 935 pada Ahad.
Sehingga jam 8 pagi tadi, tujuh pusat pemindahan aktif beroperasi di empat daerah bagi menempatkan 189 keluarga.
Menurut info banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat pemindahan yang masih dihuni mangsa adalah di Marang, Dungun, Setiu dan Kuala Nerus.
Mangsa banjir di Kuala Nerus menurun kepada 707 mangsa dari 163 kelurga apabila pusat pemindahan banjir SK Bukit Guntong ditutup malam Ahad.
Tiga pusat pemindahan yang aktif adalah SK Bukit Nenas, SK Tok Jiring dan SK Kompleks Gong Badak.
Manakala di Marang dua pusat pemindahan di SK Bukit Gasing dan SK Pasir Putih masih aktif.
Namun jumlah mangsa berkurangan daripada 52 mangsa dari 15 keluarga kepada 39 mangsa membabitkan 11 keluarga.
Di Dungun seramai 33 mangsa dari lapan keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Paka.
Manakala di pusat pemindahan, surau Kampung Nyatoh, Setiu, 32 mangsa dari enam keluarga masih belum dibenarkan pulang.