KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa pagi ini merekodkan penurunan manakala jumlah mangsa di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah pula kekal.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir kini berkurangan kepada 35 orang daripada enam keluarga berbanding 42 orang membabitkan lapan keluarga malam tadi.
Di KELANTAN, menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my jumlah mangsa di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas kekal dengan 31 orang daripada 12 keluarga pada pagi ini.
Di TERENGGANU pula, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa di Besut kekal 53 orang daripada 12 keluarga yang berlindung di PPS Masjid Kampung La dan semua mangsa dijangka berada di PPS itu bagi tempoh lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal tujuh orang yang masih berlindung di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau, pagi ini.
Di SABAH, jumlah mangsa yang dipindahkan di Kota Belud kekal 135 orang daripada 56 keluarga dengan 62 individu daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan 73 orang daripada 30 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar juga kekal 1,454 orang daripada 298 keluarga setakat pagi ini.
Mereka ditempatkan di sebuah PPS di Sandakan (688 orang daripada 121 keluarga) dan enam PPS di Pitas (766 orang daripada 177 keluarga).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022
Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar juga kekal 1,454 orang daripada 298 keluarga setakat pagi ini.- Foto BERNAMA
Dua hari siapkan baju tema Jalur Gemilang
Bagi membuktikan semangat cintakan negara, Aishah Abdul sanggup bersengkang mata dua hari menyiapkan busana berciri Jalur Gemilang untuk pertandingan pakaian beragam di Program Sambutan Anak Merdeka Hari Kebangsaan ke 67 pada Sabtu.
AS-Malaysia komited membina persahabatan, kerjasama
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bukti semangat kebangsaan, rakyat tidak iktiraf tuntutan luar
Sambutan Hari Sabah adalah bukti semangat kebangsaan rakyat negeri itu untuk mendapat kebebasan daripada penjajah sekali gus tidak mengiktiraf sebarang tuntutan luar ke atas negeri ini
KPD Dang Wangi zahir terima kasih kepada pasukan SAR
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Sulizme Affendy Sulaiman mengucapkan terima kasih atas kerja keras semua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India selepas operasi pencarian ditamatkan pada Sabtu.
Pearly-thinaah atasi pasangan nombor dua dunia, layak ke final
Kem badminton negara menjadikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 lebih bermakna apabila giliran beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah mengesahkan kemaraan ke final Terbuka Korea 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo di Seoul, pada Sabtu.
Bekas jururawat hilang, berhenti kerja 29 Ogos lalu
Seorang bekas jururawat dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.
Tumpuan Ahad 1 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gaza mulakan usaha pemvaksinan polio untuk kanak-kanak bawah 10 tahun
Kempen itu bermula pada Sabtu di Khan Younis untuk memberikan vaksin kepada lebih 90 peratus kanak-kanak di seluruh Wilayah Gaza menjelang 12 Sept ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Ogos 2024.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah berkurangan, hanya 32 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di dua PPS di daerah itu pada 7 pagi ini.
PM hulur sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalurkan sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka.
Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya
Semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja kawasan terjejas itu dilaporkan selamat.
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 mangsa daripada 61 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 407 mangsa daripada 121 keluarga pada 7.30 malam tadi.
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun kepada 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4 petang tadi.
101 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik
101 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir di daerah Hulu Perak, di Gerik.
PPS ditutup, banjir di Hulu Bernam pulih
PPS Dewan Serbaguna Kampung Sekolah, Sungai Selisek di Hulu Bernam ditutup selepas 143 mangsa banjir dibenarkan pulang.
141 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS malam ini
Sebanyak 141 mangsa banjir daripada 49 keluarga di Hulu Bernam masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, menurun sedikit berbanding 143 mangsa petang tadi.
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang daripada 32 keluarga malam ini, berbanding 15 orang daripada empat keluarga pagi tadi.