Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Johor turun kepada 57 orang

Astro Awani
Disember 6, 2021 23:35 MYT
Penunggang dan pembonceng menolak motorsikal yang mereka naiki kerana kenderaan terbabit tersekat akibat banjir di Kelantan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: JUMLAH mangsa banjir di Kelantan dan Johor menurun kepada 57 mangsa setakat awal pagi Selasa.
Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 10 buah keluarga di kedua-dua negeri itu.
Di Kelantan, 33 mangsa daripada enam buah keluarga ditempatkan di sebuah PPS, iaitu di Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Pasir Mas.
Sementara itu, di Johor pula seramai 24 mangsa daripada empat buah keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka di Batu Pahat.
PPS berkenaan ialah Pusat Latihan Pemimpin Muda (PULAPEM).
#PPS #mangsa banjir #banjir kelantan #banjir johor