Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan

Astro Awani
September 30, 2023 19:32 MYT
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 482 orang. - Foto APM Kedah
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 482 orang daripada 161 keluarga setakat 7 malam ini berbanding 1,383 orang daripada 420 keluarga, malam tadi.
Jumlah tersebut termasuk 12 orang bayi, 39 warga emas dan tujuh Orang Kelainan Upaya (OKU).
Menurut portal Info Bencana JKM, kesemua mangsa itu ditempatkan di empat buah PPS di daerah Kota Setar.
Seramai 277 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Aman, 117 di Sekolah Kebangsaan Sri Gunong dan bakinya di SMK Alor Merah.
Sementara itu, laman web Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, melepasi tahap bahaya masing-masing pada paras 2.6 meter dan 1.7 meter, setakat jam 6 petang.
#banjir #Kedah #pusat pemindahan #PPS
;