Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 408 orang

Bernama
Oktober 1, 2023 08:55 MYT
Padi yang telah masak kini rosak setelah berada di dalam air lebih daripada lima hari pada tinjauan banjir di sekitar Kampung Selarong, Alor Setar, 29 Sept 2023. --Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 408 orang daripada 136 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 437 orang daripada 147 keluarga, malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah Kota Setar.
"Tiga PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman yang menempatkan seramai 274 mangsa daripada 93 keluarga, SK Seri Gunung (91 orang daripada 29 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah (43 mangsa daripada 14 keluarga).
"Air sudah semakin surut dan sekiranya keadaan cuaca kekal baik hari, kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
-- BERNAMA
#banjir kedah #Kedah #PPS #banjir
;