Jumlah mangsa air pasang besar, banjir di Sabah kekal 1,606 orang

Abdul Hafiz Mustadi
Disember 27, 2022 16:45 MYT
Pihak Bomba dan Penyelamat Kota Belud menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian air pasang besar di Kampung Buah Pandai. - Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,606 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, ia melibatkan 366 keluarga daripada tiga daerah yang terjejas setakat jam 4 petang Selasa.
Hari kelima fenomena air pasang besar dan banjir menyaksikan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Kinabalu ditutup sejak hari ini.
Dua daerah terjejas akibat air pasang iaitu Pitas dan Sandakan. Manakala satu daerah iaitu Kota Belud adalah ekoran banjir.
Sementara, sembilan PPS dibuka di seluruh Sabah ekoran kejadian itu.
"Sejumlah 766 mangsa ditempatkan di enam PPS di Pitas; Sandakan (705) dan Kota Kinabalu (135)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
#banjir sabah #Air Pasang Sabah #bencana alam #Sandakan
;