Jumlah kematian kini 909 kes, berikut tumpuan sidang media KKM hari ini
Hilmi Malik
Februari 9, 2021 18:38 MYT
Februari 9, 2021 18:38 MYT
PUTRAJAYA: 13 lagi kes kematian dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 909 kes.
Berikut merupakan tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 9 Februari.
1. 2,764 kes baharu COVID-19, jumlah kes keseluruhan sebanyak 248,316 kes.
2. 13 kes kematian baharu, jumlah keseluruhan kini 909 kes.
3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 50,841 kes.
4. 287 kes sedang dirawat di ICU, 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. KKM sahkan pertambahan 12 kluster baharu.