Jumlah kematian COVID-19 kini melebihi 1,000 kes. Ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Astro Awani
Februari 17, 2021 18:40 MYT
Februari 17, 2021 18:40 MYT
KUALA LUMPUR: Jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini melebihi 1,000 kes.
Ia susulan 22 lagi kes kematian baharu melibatkan virus itu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 1,005 kematian.
Berikut lima tumpuan kenyataan media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1. 2,998 kes baharu COVID-19, jumlah kes keseluruhan 229,762 kes.
2. 22 kes kematian baharu, jumlah kumulatif 1,005 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 41,396 kes.
4. 5,709 kes sembuh dilaporkan, jumlah kumulatif 229,762 kes.
5. KKM melaporkan pertambahan 13 lagi kluster baharu.