Jumlah anak muda jual 'bundle' dalam talian meningkat semasa PKP
Muhafandi Muhamad
Jun 6, 2021 12:55 MYT
Jun 6, 2021 12:55 MYT
KOTA BHARU: Anak muda yang berbakat dalam perniagaan mula muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lepas.
Tidak ketinggalan, pertambahan anak muda yang terbabit dalam perniagaan secara dalam talian di Kelantan amat memberangsangkan.
Itu termasuklah penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang memanfaatkan masa lapang menjalankan perniagaan menjual baju terpakai berjenama secara dalam talian.
Dengan keadah dan cara tersendiri mempromosikan jualan melalui plaform media sosial, ia secara langsung mampu menjana pendapatan buat Ahmad Shafaris Amir Ahmad Shukari.
“Saya ambil masa PKP ini buat perniagaan online... permintaan tidak ramai masa mula-mula.
“Sekarang pelanggan bertambah, buat siaran langsung dua sehingga empat jam. Kadang-kadang dapat RM200, kadang-kadang dapat RM1,000.
“Permintaan baju ini banyak, orang cari kerana jenama,” katanya.
Jiwa SME | Peoduk laris dengan kaedah âLiveâ di media sosial
Melalui syarikat Bundlestates_2 yang didaftarkan tahun lepas, Ahmad Shahfaris pernah menjual baju T berjenama terpakai pada harga RM500 sehelai.
Ia dilakukan dengan cara mempromosi dan penerangan di laman langsung media social.
Baju terpakai diperolehi dari pembekal tempatan dengan mencuba nasib membeli bundle eksport atau guni pakaian terpakai yang dibawa masuk dari Eropah, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.
Walaupun kedai dan butik perniagaan baju, kasut dan pakaian terpakai dibuka berleluasa di Kelantan sejak lama dahulu, PKP yang dilaksanakan memberi peluang untuk peniaga barangan berkenaan aktif di laman sosial.
Bahkan tarikan dan promosi dengan kaedah tersendiri menjadi persaingan golongan ini menjual barangan di platform media sosial.