Rakyat perlu meniupkan semangat patriotik di dalam diri dengan memberi jasa dan pengorbanan terbaik kepada kemajuan negara sekali gus membuktikan mereka layak menjadi rakyat Malaysia, menurut seorang bekas penasihat undang-undang.
Tan Sri Kamarul Ariffin, 86, berkata rakyat perlu kembali kepada asas pembentukan negara seperti memahami konsep Rukun Negara yang mementingkan semangat kebersamaan dan mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri serta ego masing-masing.
"Kita perlu tunjukkan kita ini rakyat Malaysia. Jangan pentingkan diri, ketepikan ego. Letak diri sebagai rakyat Malaysia bukannya saya orang Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Pentingkan negara terlebih dahulu. Itulah permulaan semangat patriotik," katanya.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kerajaan sewaktu negara dipimpin Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan kemudiannya Tun Abdul Razak Hussein itu berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Kamarul Ariffin, yang pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara berkata negara yang telah mengecapi kemerdekaan ini, dahagakan rakyat yang mampu menjulang nama negara ke persada lebih tinggi dan tidak berada di posisi yang selesa sahaja.
"Harumkan nama Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum. Itulah petunjuk wujudnya semangat patriotik dalam hidup kita," katanya.
Bekas Pengerusi Majlis Pengakap Dunia itu turut berpendapat bahawa hubungan antara kaum, perlu terus dimurnikan agar perasaan menghormati kepercayaan, budaya dan agama masing-masing, terus subur di negara ini.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020 di Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 29 2020

Kita perlu tunjukkan kita ini rakyat Malaysia; Jangan pentingkan diri, ketepikan ego, kata Tan Sri Kamarul Ariffin. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.

Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.

Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.

Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.

Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.

Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.