MELAKA: Kombo khas RM20 mengandungi lapan barangan keperluan menjadi rebutan hampir 2,000 pengguna di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di sini menerusi Jualan Rahmah Tok Ajak hari ini.
Lapan barangan itu terdiri daripada beras kampit lima kilogram (kg), satu bungkus bihun, dua peket minyak masak, dua peket gula dan dua peket tepung yang dijual pada harga lebih rendah berbanding RM31.50 harga pasaran.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata inisiatif program itu bagi menyahut seruan kerajaan Persekutuan yang memperkenalkan Menu Rahmah baru-baru ini dalam usaha membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
"Selain itu, jualan ini turut menawarkan ayam pada harga RM10 seekor dan telur ayam gred C RM10 sepapan kepada 1,000 pengunjung terawal.
"Menerusi program jualan ini, pengunjung dapat berjimat dan menikmati subsidi serendah RM3 hingga RM11.50 bagi setiap pembelian barangan yang ditawarkan," katanya kepada pemberita pada program tersebut di Kampung Ketapang, Telok Mas di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai mula tiba sejak 8.20 pagi dan jualan itu tamat dalam tempoh 30 minit sahaja, justeru pihaknya bercadang untuk mengadakan program tersebut sebulan atau dua minggu sekali.
Sementara itu, seorang pengunjung, Sariah Mahmud,53, berkata beliau gembira dapat membeli barangan keperluan pada harga yang sangat berbaloi.
"Kalau biasanya kita beli beras harga lebih RM15 tetapi pada prorgam ini dengan RM20 kita bukan sahaja dapat beli beras malah pelbagai barangan lain. Secara tidak langsung dapat membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah," katanya.
Halimah Jaafar, 82, berkata beliau tiba pada 8 pagi selepas mengetahui mengenai program tersebut daripada rakan-rakannya.
"Rasa bersyukur selain berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan saya berharap kalau boleh program seumpama ini diperbanyakkan lagi pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Lapan barangan itu terdiri daripada beras kampit lima kilogram (kg), satu bungkus bihun, dua peket minyak masak, dua peket gula dan dua peket tepung yang dijual pada harga lebih rendah berbanding RM31.50 harga pasaran. - Bernama
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
35 premis diberi nasihat, satu diberi amaran tidak patuh SOP - Ismail Sabri
35 premis diberi nasihat manakala satu premis diberi amaran kerana tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
COVID-19: Big Blue ubah strategi, lancar perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan
Inisiatif itu diambil bagi membantu 10,000 pemandu dibawah syarikat itu untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.