KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan berusaha untuk menawarkan beras import yang dijual pada kadar subsidi menerusi Jualan Rahmah.
Pemangku Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata usaha itu bagi membolehkan adanya peningkatan jualan dan penambahan bekalan beras semasa Jualan Rahmah diadakan.
"Kita juga teroka idea untuk tawarkan beras-beras import ini pada kadar subsidi supaya harga lebih rendah agar kita tidak hanya bergantung pada beras tempatan semata-mata. Usaha itu termasuk dengan Jualan Rahmah sebagai mekanisme kepada orang yang memerlukan.
"Dalam Jualan Rahmah itu kita akan memperbanyakkan bekalan beras pada kadar subsidi, bermaksud kita tambah bekalan (beras) setiap kali ia diadakan," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di dua pasar raya sekitar Selayang di sini hari ini.
KPDN telah melaksanakan program Jualan Rahmah sebanyak dua kali sebulan di 640 lokasi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara sejak Ogos.
Sebelum itu, Jualan Rahmah hanya dilaksanakan sebulan sekali di peringkat DUN dan dua kali sebulan bagi peringkat Parlimen.
Mengenai Ops Jamin, Armizan berkata bagi tempoh 7 Julai hingga 18 Sept ini, sebanyak 6,141 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran.
Katanya sebanyak 175 aduan melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras diterima dalam tempoh sama, selain telah disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk tindakan lanjut.
"Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, harga purata tertinggi beras putih import (BPI) di Semenanjung Malaysia adalah RM40.65, manakala harga purata BPI di Sarawak adalah RM39.21, Sabah RM37.09 dan Labuan pula RM37.83," katanya.
Ops Jamin dilancarkan bagi membanteras isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku berikutan pelarasan harga baharu BPI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Armizan berkata usaha itu bagi membolehkan adanya peningkatan jualan dan penambahan bekalan beras semasa Jualan Rahmah diadakan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.

Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.

Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.

Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.

Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah
Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.

KPDN tambah baik pelaksanaan Jualan Rahmah tahun depan - Armizan
KPDN komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.

Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.

Orang ramai harap Jualan Rahmah diadakan lebih kerap, dapat berjimat
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah kerana harganya lebih murah dan mudah dapat bekalan.