MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep 'Kedai Cari Rakyat' di seluruh negara secara lebih kerap bagi mempermudah rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata setakat ini Jualan Rahmah Bergerak dilaksanakan di 78 lokasi di seluruh negara sejak dilancarkan di Pulau Pinang pada 17 hingga 30 Jun lepas, manakala Melaka membabitkan lima lokasi sejak 22 Jun lepas.
"Sebelum ini pelaksanaan Jualan Rahmah tertumpu di premis peruncitan seperti pasar raya dan kedai runcit tetapi menerusi Jualan Rahmah Bergerak yang menggunakan konsep 'Kedai Cari Rakyat', inisiatif ini akan mencari rakyat dan lokasi yang sesuai.
"Pada Mac lepas, Parlimen meluluskan RM100 juta bagi pelaksanaan Jualan Rahmah di seluruh negara dan pada awalnya kita (KPDN) banyak melaksanakannya di dalam premis dan luar premis, namun akan datang kita sasarkan untuk laksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri di setiap negeri," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Turun Padang dan merasmikan Jualan Rahmah Bergerak di Pasar Malam Pantai Puteri yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar.
Fuziah berkata menerusi konsep 'Kedai Cari Rakyat' berkenaan, pelaksanaan Jualan Rahmah dilihat mendapat sambutan lebih baik dan meluas kerana medium jualan murah berkenaan bergerak ke kawasan strategik dan lebih banyak golongan sasar dapat menikmati faedah berkenaan.
Beliau berkata Jualan Rahmah Bergerak menawarkan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran melibatkan lebih 15 barangan keperluan atau barangan dapur.
Katanya menerusi inisiatif konsep 'Kedai Cari Rakyat', kos penganjuran Jualan Rahmah dapat diminimumkan dan lebih banyak subsidi dapat disalurkan kepada rakyat sekali gus meringankan beban kos sara hidup ditanggung mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata Jualan Rahmah termasuk Jualan Rahmah Bergerak yang dilaksanakan di Melaka sejak Jun lepas merekodkan hasil jualan lebih RM1.2 juta dan memanfaatkan lebih 100,000 pengunjung.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM195,569.40 direkodkan hasil jualan Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep 'Kedai Cari Rakyat' dengan jumlah pengunjung kira-kira 6,500 orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh (tengah) membuat pengumuman jualan murah kepada orang ramai yang hadir sempena Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Negeri Melaka di Pantai Puteri, hari ini. - Foto BERNAMA
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah
Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.
KPDN tambah baik pelaksanaan Jualan Rahmah tahun depan - Armizan
KPDN komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
Orang ramai harap Jualan Rahmah diadakan lebih kerap, dapat berjimat
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah kerana harganya lebih murah dan mudah dapat bekalan.