Jualan kembali ke sekolah

Astro Awani
Disember 21, 2012 07:00 MYT
Peningkatan kos hidup terutamanya kos pendidikan masa kini menuntut ibu bapa bijak bertindak dalam menguruskan perbelanjaan menjelang musim persekolahan.
Penganjuran "Jualan Kembali ke Sekolah" merupakan peluang terbaik ibu bapa menyiapkan persiapan persekolahan anak-anak.
Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional, Ravin Karunanidhi menyifatkan penganjuran ini tepat pada masanya dan mampu meringankan beban ibu bapa.
"Ini sebenarnya adalah dikhususkan kepada mereka yang berpendapatan sederhana ataupun golongan yang berpendapatan rendah,” Ravin berkata.
Pada masa sama, Ravin menyeru masyarakat tidak terlalu berkira tentang kualiti produk yang ditawarkan pada jualan murah itu kerana harga yang dikenakan sangat berpatutan.
Jelas beliau, sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang aduan atau rungutan menandakan program itu diterima baik masyarakat.
#Jualan kembali ke sekolah #Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional #Ravin Karunanidhi
;