Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy

Astro Awani
Julai 17, 2023 17:24 MYT
\Khairy turut memohon maaf kerana penjualan vape tanpa kawalan sehingga orang ramai, terutama ibu bapa terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga ia menarik minat media antarabangsa menghasilkan satu laporan khas tentang isu itu.
Melalui laman Twitter, beliau memberi reaksi mengenai laporan khas, Al Jazera dalam program berjudul, 101 East yang mempaparkan bukti produk itu mudah dibeli oleh kanak-kanak bawah 18 tahun.
Beliau menganggap Malaysia seolah-olah sudah memasuki era Wild Wild West selepas penjualan bahan nikotin itu tidak lagi dikawal oleh undang-undang.
"Tiada penguatkuasaan di Malaysia kerana toada undang-undang di Malaysia," kata Khairy.
Dalam laporan penyiasatan berkenaan krew Al Jazera dilaporkan mengunjungi enam buah kedai menjual vape di ibu negara.

Yes, there were enforcement issues before BUT we regularly acted against vape sales especially to minors and vape products could not be advertised. Now its the Wild West in Malaysia. No enforcement because there is no law against vape. Im sorry its come to this. https://t.co/TALDdd7K2B

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penjualan vape berleluasa bawah umur 18 tahun
Laporan itu menyebut, tiada satu kedai yang meminta kad pengenalan bagi pengesahan umur walaupun terdapat notis yang memaparkan bahan itu hanya boleh dibeli pada usia 18 tahun ke atas.
Khairy turut memohon maaf kerana penjualan vape tanpa kawalan sehingga orang ramai, terutama ibu bapa terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu.
#Khairy Jamaluddin #Penjualan vape #Al Jazeera #jual vape pada bawah umur
;