Jual petai beri duit tambahan kepada petani

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Jun 16, 2022 08:30 MYT
Permintaan yang tinggi terhadap petai dari Kampung Bekok membuka peluang kepada penduduk untuk menggandakan pendapatan. - Astro AWANI
BESUT: Ketibaan musim buah-buahan membuka pintu rezeki buat penduduk di Kampung Bekok, Hulu Besut yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan penoreh getah.
Bagi penoreh getah Jaafar Abdul Rahman, setiap musim dia mampu meraih pendapatan sampingan antara RM2,000 hingga RM3,000 dengan menjual petai.
Jaafar berkata, permintaan yang tinggi terhadap petai dari kampungnya turut membuka peluang kepada penduduk untuk menggandakan pendapatan.
"Dalam sehari, kalau banyak kadang-kadang boleh sampai RM400 atau RM500 sekali jual.
"Kalau harga mahal petai banyak okey, kadang-kadang sampai seratus keping terjual," katanya.
Menurut Jaafar, selain petai segar, dia turut menjual petai jeruk untuk memenuhi permintaan penggemarnya.
Sementara itu, pemborong buah Wan Nor Azman Wan Setapa pula berkata, petai dari Hulu Besut mempunyai keistiwewaan tersendiri dan mendapat permintaan tinggi setiap musim.
"Kalau ikut rasa petai Hulu Besut ini, petai ini mempunyai rasa tersendiri, lain daripada yang lain, unik rasanya.
"Tak tahu memang kita makan dia macam-macam ada lemak manis. Sebab itu bila kata keluar petai Hulu Besut ini, dah jadi apa ini minat orang-orang ramai itu memang minat berpusu-pusulah datang beli," katanya.
Menurut Wan Nor Azman selain pasaran tempatan, petai Hulu Besut turut mendapat tempahan dan permintaan dari Pahang, Kelantan dan Melaka.
#Petai #petani #rezeki #buah
;