Jual air ketum kepada pelajar sekolah, seorang buruh ditahan

Sinar Harian
April 3, 2018 00:33 MYT
Video dan gambar tiga pelajar perempuan dipercayai meminum air ketum mulai tersebar pagi Isnin dalam aplikasi mesej ringkas Whatsapp dan media sosial Facebook. - Foto Astro AWANI
Seorang buruh yang didakwa menjual air ketum kepada tiga pelajar perempuan sebuah sekolah di Bachok yang tular di laman sosial, ditahan pagi Selasa.
Suspek berusia 20-an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dalam serbuan di rumah suspek di daerah itu pada jam 1 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong berkata, pihaknya mengambil keterangan tiga pelajar terbabit sebelum berjaya menjejaki suspek.
BACA: Polis siasat pelajar sekolah menengah minum air ketum di Kelantan
BACA: Viral pelajar minum air ketum: Tindakan akan diambil jika benar berlaku - Mahdzir
“Kami sebelum itu menjejaki mereka (pelajar perempuan) melalui rakaman yang tular di media sosial dan melalui gambaran-gambaran yang diberikan pelajar terbabit, suspek berjaya diberkas.
“Keterangan awal suspek mengaku air yang dijual kepada pelajar tersebut adalah air ketum,” katanya kepada Sinar Harian.
#air ketum #Bachok #buruh #laman sosial #pelajar sekolah menengah
;