JSPT Selangor tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus
Afiezy Azaman
Disember 15, 2022 11:20 MYT
Disember 15, 2022 11:20 MYT
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang membayar saman tertunggak sempena Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, bermula 21 hingga 22 Disember ini.
Menerusi kenyataan di media sosial, JSPT Selangor berkata, diskaun diberikan sehingga 50 peratus bagi kesalahan trafik terpilih.
"Pembayaran saman boleh dilakukan di semua kaunter Trafik Daerah Kontinjen Selangor bermula jam 8 pagi hingga 4 petang," katanya.