ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata cadangan itu berikutan timbul kebimbangan ramai pihak termasuk rakyat negeri ini dan pelabur luar berkenaan spekulasi kenaikan harga hartanah tatkala perancangan kerajaan negeri yang membangunkan zon ekonomi khas itu sedang dilakukan.
Beliau berkata spekulasi hartanah yang berlaku itu menyebabkan harga tanah dan kediaman di beberapa kawasan melonjak tinggi dan perlu diperhalusi dan dikawal kerajaan.
"Johor perlu dasar-dasar (baharu) untuk mengekang spekulasi harga hartanah meningkat berlaku," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Pandak Ahmad (BN-Kota Iskandar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.
Pandak bertanya mengenai jaminan kerajaan Johor terhadap nasib rakyat tempatan termasuk nelayan dari segi keselamatan di perairan, selain harga hartanah yang dijangka melonjak di kawasan Iskandar Puteri susulan pelaksanaan JS-SEZ.
Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata kerajaan negeri tidak mahu kenaikan harga hartanah yang membebankan sehingga rakyat Johor sendiri tidak mampu memiliki aset hartanah di negeri ini.
"Mungkin ada premium-premium tertentu dapat diperkenalkan. Selain itu, kerajaan Johor juga akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pembinaan lebih banyak rumah mampu milik di kawasan JS-SEZ," katanya.
Beliau berkata apa sahaja keputusan mahupun cadangan kerajaan negeri berhubung JS-SEZ akan mengutamakan rakyat tempatan.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata pertemuannya dengan persatuan nelayan baru-baru ini membincangkan pelbagai inisiatif dan insentif yang sedang dan akan disalurkan kepada nelayan dari kerajaan negeri dan Persekutuan.
"Dari segi keselamatan (nelayan), perkara ini juga perlu dikemukakan dalam sesi dialog babit urus bersama kementerian terbabit. Ada 18 kementerian terlibat dalam perbincangan untuk memastikan perkara yang dibangkitkan semua pihak diambil kira," katanya.
Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatan dari Singapura, Lee Hsien Loong, menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) JS-SEZ antara Malaysia dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (depan, kanan) mendengar titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS
Kerajaan negeri Johor mengenal pasti beberapa tindakan bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS.

Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.

Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.

Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai.

Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.

Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar
Kerajaan negeri Johor akan meneliti tindakan yang boleh diambil termasuk cadangan untuk menggunakan tapak pelupusan sampah baharu.

Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.

Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.

Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor
Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.

10 ADUN angkat sumpah Exco Johor
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar.