JPNPP siasat dakwaan pelajar bunuh diri akibat tekanan di sekolah
Dewi Nur Harasha Alias
Februari 6, 2020 20:58 MYT
Februari 6, 2020 20:58 MYT
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki 16 tahun di Bukit Mertajam bunuh diri akibat tekanan di sekolah.
Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Katanya, siasatan dalaman akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.
Selasa lalu, pelajar sekolah menengah itu ditemui tergantung di kipas siling dalam bilik dengan kain selimut terikat pada lehernya oleh ibu mangsa pada 6.15 petang.
Mangsa adalah anak sulung daripada dua beradik.
Menurut polis, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel yang mewakili keluarga mangsa mendakwa, pelajar terbabit bertindak demikian kerana tertekan dengan pihak sekolah yang tidak membenarkannya permintaannya untuk menukar kelas.
#Abdul Rashid Abdul Samad
#Bukit Mertajam
#David Marshel
#gantung diri
#Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
#JPNPP
#Malaysian Tamilar Kural
#pelajar bunuh diri
#tekanan di sekolah