JASIN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada mana-mana pihak yang berdepan masalah membabitkan isu dokumentasi kelahiran, kematian, warganegara dan pendaftaran bagi kes rumit.
Ketua Pengarah JPN Datuk Ruslin Jusoh berkata ia termasuk kes membabitkan pengacara dan bekas penyampai radio Halim Othman yang menyaksikan identiti anak perempuannya tidak berbintikan nama beliau.
"Bagi kes seumpama ini, mereka boleh hadir ke ibu pejabat JPN Putrajaya dan membawa dokumen berkaitan untuk kita semak dan berikan khidmat nasihat dalam menyelesaikan isu rumit yang dihadapi mereka ketika ini.
"Mereka boleh datang kepada kita untuk merujuk isu ini dan membawa dokumen misalnya jika ada sijil perkahwinan yang didaftar di Thailand, jika betul dokumen itu boleh kita buat pengesahan dan sebagainya kerana tanpa dokumen seperti ini, kita sukar bantu namun apa yang penting adalah khidmat nasihat yang diberikan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau melancarkan program Kongsi Rezeki Ramadan dan mengagihkan kira-kira 900 bekas bubur lambuk di depan pejabat JPN Jasin yang turut dihadiri Pengarah JPN negeri Norazle Sulaiman.
Ruslin juga berkata JPN telah memproses lebih 50,000 permohonan di bawah Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) dalam tempoh 2018 hingga kini yang melibatkan penggantian kad pengenalan, dokumen surat beranak dan sebagainya.
"Kita menyasarkan operasi di luar pejabat dengan membantu orang awam yang tidak mampu hadir seperti mereka yang sakit terlantar di hospital, orang kurang upaya, warga emas atau mereka yang tidak mempunyai akses kenderaan untuk menguruskan dokumentasi mereka.
"Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk memberi kesedaran kepada golongan itu mengenai kepentingan mempunyai kad pengenalan dan surat beranak sebagai warganegara," katanya.
Beliau berkata JPN juga akan turun padang secara berkala dalam memastikan mereka mendaftarkan kelahiran anak mereka dalam tempoh 60 hari agar tiada rakyat yang lahir di negara ini tercicir daripada menikmati kemudahan sewajarnya
"Selain itu, kita memperkenal inisiatif Bas Mekar dengan menyediakan tiga bas iaitu masing-masing satu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi memastikan kelancaran program tersebut untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Ruslin (kiri) menyempurnakan gimik perasmian program Kongsi Rezeki sempena Ramadan di pejabat JPN Jasin semalam. --fotoBERNAMA
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.
Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan.
Pulau Pinang rekod 211,115 pendaftaran PADU setakat semalam
Sebanyak 211,115 penduduk Pulau Pinang telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
PRK Kemaman: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi PRK Parlimen Kemaman diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian bagi memudahkan semakan nama.
JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya
JPN meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya.
China kemas kini kad pengenalan pemastautin tetap mulai 1 Dis
Pemegang kad baharu itu akan dapat mengendalikan urusan peribadi, seperti perjalanan, perbelanjaan harian dan kewangan melalui platform dalam talian.
PRN: Polis terima dua laporan kad pengenalan digunakan orang lain
Polis membuka dua kertas siasatan berkaitan laporan dakwaan penggunaan kad pengenalan oleh individu lain di dua pusat pengundian pada Sabtu.
Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi
Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.
PRN: Pemuda Pas Pulau Pinang dakwa wujud cubaan bawa 'pengundi hantu'
Pemuda Pas Pulau Pinang mendakwa wujud usaha memanipulasi undi dengan membawa 'pengundi hantu' semasa hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.