Usaha mencari tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang Ahad lepas, menjadi fokus utama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan ketika ini.
Pengarahnya Ab Aziz Abdullah berkata usaha mencari perlu dipergiatkan oleh semua pihak bagi memastikan semua murid yang hilang itu segera ditemui.
"Buat masa ini, kita perlu memastikan keselamatan semua murid terbabit terlebih dahulu. Perkara lain termasuk kelewatan laporan polis dibuat akan ditentukan selepas ini selepas siasatan rapi dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ab Aziz berkata pihaknya memandang serius insiden berkenaan kerana membabitkan keselamatan murid sekolah.
Beliau berkata buat masa sekarang, semua pihak diminta tidak membuat spekulasi negatif terhadap pihak sekolah berkenaan.
"Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara ini. Jika wujud kesilapan tindakan sewajarnya akan ditentukan nanti," katanya.
Tujuh murid Orang Asli yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilaporkan hilang di kawasan hutan selepas mandi di sungai berdekatan sekolah itu, Ahad lepas.
Seorang guru sekolah terbabit telah membuat laporan polis mengenai kehilangan murid berkenaan pada 2.25 pagi Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah dilaporkan berkata murid berkenaan melarikan diri ke dalam hutan terbabit kerana takut diambil tindakan oleh guru selepas mandi di sungai berhampiran sekolah tanpa kebenaran.
Enam murid perempuan dan seorang murid lelaki itu berusia antara tujuh dan 11 tahun.
Bernama
Thu Aug 27 2015
![JPN Kelantan tumpu cari tujuh murid Orang Asli hilang di hutan JPN Kelantan tumpu cari tujuh murid Orang Asli hilang di hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440586678_orangasli.jpg)
Tujuh murid Orang Asli yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilaporkan hilang di kawasan hutan selepas mandi di sungai berdekatan sekolah itu, Ahad lepas.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![JPN Kelantan terus pujuk ibu bapa Orang Asli hantar anak ke SK Tohoi JPN Kelantan terus pujuk ibu bapa Orang Asli hantar anak ke SK Tohoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452435568_SekKebTohoi.jpg)
JPN Kelantan terus pujuk ibu bapa Orang Asli hantar anak ke SK Tohoi
JPN Kelantan akan meneruskan usaha memujuk ibu bapa 66 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang tinggal di Kampung Penad dan Simpor di sini, supaya menghantar anak mereka ke sekolah itu.
![Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71451869969_Tohoi.jpg)
Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka
Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Norieen Yaakob, 11, dan Miksudiar Aluj, 12, yang hilang hampir 50 hari dalam hutan, masih belum memulakan persekolahan mereka pada Ahad.
![27,544 murid Tahun Satu di Kelantan mula sesi persekolahan hari ini 27,544 murid Tahun Satu di Kelantan mula sesi persekolahan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441279157_950x600.jpg)
27,544 murid Tahun Satu di Kelantan mula sesi persekolahan hari ini
Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah berkata mereka akan memulakan persekolahan di 418 sekolah rendah di seluruh negeri ini.
![Tragedi murid SK Tohoi undang masalah baharu kepada JPN Tragedi murid SK Tohoi undang masalah baharu kepada JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444466519_orangasliTohoi.jpg)
Tragedi murid SK Tohoi undang masalah baharu kepada JPN
Sejak insiden kehilangan murid Orang Asli, Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi kini berdepan dengan masalah ramai murid di situ yang tidak hadir ke sekolah.