JPJ tawar pembaharuan lesen percuma untuk mangsa banjir
Astro Awani
Disember 21, 2014 21:43 MYT
Disember 21, 2014 21:43 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad mengumumkan tawaran penggantian lesen memandu dan lesen menunggang motosikal secara percuma kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad menjelaskan, tawaran itu adalah untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas dan kehilangan harta benda dalam bencana terbabit.
Beliau yang ditemui semasa Hari Ketua Pengarah Bertemu Pelanggan di Kuala Terengganu pagi Ahad menyeru agar mangsa banjir yang kehilangan lesen mereka agar tampil ke pejabat JPJ berdekatan kawasan masing-masing untuk memperbaharuinya secara percuma.
Lazimnya bayaran untuk lesen memandu adalah RM30 manakala lesen motosikal RM20.