JPJ sasar peningkatan perkhidmatan e-khidmat

Astro Awani
Mac 11, 2013 02:38 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasar peningkatan perkhidmatan secara atas talian kepada 85 peratus menjelang 2015.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sasaran itu boleh dicapai kerana kebanyakan masyarakat kini terdedah dengan dunia internet.
Solah juga menjelaskan pihaknya akan menggalakkan orang ramai berurusan secara atas talian melalui e- khidmat selain 15 pejabat JPJ negeri.
Selain itu, orang ramai boleh ke 115 cawangan JPJ di seluruh negara berbanding menyelesaikan urusan di pejabat pos.
Namun katanya, perkhidmatan melalui kaunter masih perlu di kawasan terpinggir dan luar bandar yang memiliki akses perkhidmatan terhad.
JPJ juga katanya turut mengambil inisiatif mewujudkan kaunter bergerak di kawasan tumpuan ramai seperti pasar raya dan tapak karnival.
#Datuk Solah Mat Hassan #e-khidmat #Jabatan Pengangkutan Jalan #JPJ #Ketua Pengarahnya